.

TERIMA KASIH KERANA SUDI KE BLOG SAYA SEGALA KOMEN - PANDANGAN DAN MAKLUM BALAS AMATLAH DIHARGAI. SEMOGA KITA MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.

INFO BUSINESS

ANAK TEMPATAN MENGGEGAR DUNIA - WOW!!! RUGI KALAU TAK JOIN. SAYA BUAT DUIT DENGAN TEKNOLOGI TEMPATAN SAHAJA NAMUN DITERIMA DUNIA. 
WOW!!! SAMBIL SANTAI-SANTAI USD,BTC,ETH DATANG TANPA HENTI KLIK SINI UNTUK PRE-DAFTAR.
 --------------------------------------------------------------------------------
Ruangan ini diwujudkan sebagai sekadar info dan perkongsian maklumat dalam pelbagai perkara khasnya berkaitan dengan peluang.Harap pengunjung dapat memberi "respon"yang membina dengan menggunakan kata-kata yang beradap. Saya hanya memberi darjah kebimbingan dalam sesuatu program kewangan :

  • 1 = TERBAIK
  • 2 = BAIK
  • 3 = SEDERHANA
  • 4 = BIMBANG
  • 5 = SANGAT BIMBANG

Terima kasih kerana berkunjung ke sini.
=====================
PANAS BITCONET?
Twitter Founder Ethereum Vitalik Buterin Sudah bagi  WORNING....
Teringat saya semasa beliau bagi WORNING kepada skim ETHTRADE suatu sama dahulu. Perkara yg sama saya pernah kongsi di bawa (scroll ke bawah)

6 Nov 2017
================================
QS OK KE BOOS?
Dua bulan lepas member wsaap jom bro QS tgh hangat rugi tak ambil peluang. Hasil pencarian dari internet saya jadi was-was. So PM kpd rakan bro..semoga you berjaya. TQ share peluang.
Tup-Tup Hari ini BNM kluarkan "FINANCIAL CONSUMER ALERT LIST"
UPdate 
=====================
MBI/MFACE BOOM!!!!
Simpati kepada ahli ahli yg baru buat bayaran dan register keahlian. Bersabar sahaja jangan salah kan orang lain "KEGAGALAN ADALAH GURU YG TERBAIK" Mendapat liputan meluas di akhbar negara "MBI/Mface kena RAID semalam. Itulah bahaya saham jenis SPLIT...nilai saham berganda bila berlaku split..satu peringkat nilai menjadi sampah...nak withdraw tak boleh..dalam bahasa pasar kata "jem la..."
Bersabar ya....
UPdate
====================
QUESTRA World (AGAM)
Dari Rusia katanya ada partnerships dengan Ecobank africa namun Ecobank Africa menafikan melalui panggilan yg di buat oleh rakan kita. Dikatakan syarikat ini beroperasi di 28 buah negara.Keuntungan 4-7% di bayar mingguan selama setahun. Referral bonus 5-16%. Baharu sahaja Masuk ke Malaysia..
Lihatkan kpd bonus tu macam SCAM..hihihii
kalau sebulan 7-10% boleh terima akal lagi....
TERBARU SUDAH MASUK AMARAN BNM
Tahap Kebimbangan 5
01.06.2017
====================
Saxo Sanabilmy
Abang Tengok yg ni ok ka? Lihat kpd pembayaran bonus terlalu besar. Contoh wasaap yang saya terima...Cth Join Pakej RM1400
Bulan 1 dapat RM1200
Bulan 2 dapat RM1200
Bulan 3 dapat RM1200
Web site berusia 144 hari, owner di Delhi
Ini hanya pandangan sahaja.Jangkaan program macam ni paling lama setahun boleh berjalan.
Darjah Kebimbangan 5
30.5.2017
=====================

Thebillioncoin-TBC- Senyap Sepi pada Sept 2017
Bro tengok sat yang ni. Boleh tengok ja dik ooiii. Sebab "coin sever" saya lebih yakin dengan coin BLOCKCHAIN. lagi pun coin TBC mahal gila 1 TBC = $33,790 / RM144,230 wakakakakaa... Kalau guna sever syarikat mudah utk dimanipulasi utk kepentingan syarikat. Yang kedua harga TBC tak ada istilah turun naik ja. Saya berada dalam group Bitcoin dan ramai juga Mamat Negro yg join link ke group untuk promo TBC. So jawapan saya "Ikut Hati Hang La.." kalau kpd saudara saya, saya katakan jangan!jangan!jangan!
Darjah Kebimbangan 5
28.5.2017
================
ETHTRADE-TheEnd pada Ogos 2017
Bang bagi info sikit pasal ethtrade? Saya nak cakap banyak nanti ada yang marah sebab ramai yang dah bergelar jutawan dalam Ethtrade. Berdasarkan cakap cakap Leader Ethtrade mengahasiklan keuntungan dari aktiviti perlombongan Bitcoin. Namun bila saya ke Blockchain Info tak ada pula syarikat Etherade di senaraikan. Sebab sistem blochain adalah sistem yang amat telus dan tak dapat di Scam buat masa kini.
Manakala dalam Twitter Founder Ethereum Vitalik Buterin telah menafikan terlibat dengan Ethtrade : https://twitter.com/vitalikbuterin/status/728811334939348992?lang=en
Darjah Kebimbangan 4
05.05.2017
=================
Leader oh Leader
Dalam LetChat biar penjelasan bagi telus....setiap bulan ahli kena AUTOMANTAIN tak?
JAWAPANNYA YA.
Jumlah 5pts - 10pts setiap bulan bergantung kepada pakej keahlian.
Kadar withdraw ke bank 1pts=RM3.2 
Minimum Withdraw 100pts
Carge yang dikenakan 3%
Piiiissss..katanya  Bonus Wallet dah tak bolleh tranfer ke Purchace Wallet bagi urusan bayaran bill atau topup air time dll
"Adoi..bonus ada ...boleh tengok ja la sementara waktu "penantian adalah satu keperitan" teringat satu lagu " Dulu Lain Sekarang Dah Lain" melepas la......"
Saya cukup risau......ikut pengalaman program MYMI dan OG1 macam tu lah dulu ...lepas tu...Huhuhuhuhuuuu...tersentot.
Darjah kebimbangan 4
=============================================
ATOMY 
Sebuah syarikat dari Korea sedang membuat sesi pengenalan di Malaysia. Syarikat ini telah kukuh dibeberapa buah negara khasnya di Korea. Plan pemasarannya menarik TIADA PAKSAAN belian bulanan sekadar beli setahun sekali. Pada pandangan saya biz ini akan berkembang pesat. Sistem pairing adalah penjana pendapatan utama. Pairing bukan berdasarkan kemasukan ahli baharu. Tetapi pairing berdasarkan pembelian ahli ahli dalam kumpulan. Yang paling menarik tiada bonus penajaan/sponser. Daftar keahlian percuma. Untuk kekal sebagai ahli anda perlu membuat pembelian cara online melalui medium yang disediakan oleh syarikat SEKALI SETAHUN. 
Darjah Kebimbangan 1
============================================
IGS Juga Sedang Hangat Dipasaran.
Sistem yang digunakan ialah bagi modal "MELABUR" dengan syarikat dan dapat unit e-share (rujuk penjelasan saya tentang e-share). IGS menawarkan split tiga kali setahun (4 bulan sekali) atau kenaikan $0.60. Mana mana dahulu. Buat masa ini Mface masih bertahan melebihi 4 tahun dalam bidang e-share. IGS projek yang sering di war war kan ialah ROAD 2 NASDEX. 
Darjah kebimbangan 4. 


========================================
RICHmega? Ok tak?
TERBARU UPDATE 11 MAC 2017 RICH MEGA TERUS BERGERAK MAJU..TAHNIAH "MINUM KOPI JA DAPAT DUIT RIBU RIBU:
Terbaru juga dari utara HQ Sg.Petani Selatan. CEO Melayu,. Produk utama Coffee Robusta, Cofee Arabica Baik untuk Kencing Manis dan Darah Tinggi ( Coffee+Stevia+Garam Buluh) dan produk lain.Plan Marketing Dubble Pairing dan trading. Pakej yang ditawarkan bermula RM150 utk 3 kotak kopi.RM450 untuk 9 kotak coffee dan  Stokis RM1050 untuk 21 kotak Coffee. Ada masa depan atas faktor kekuatan produk dan konsep perniagaan yang mudah MODAL SETAHUN SEKALI. Konsep e-dagang register online & produk diuruskan oleh HQ. Bonus AUTO ke BANK dua kali sebulan minimum RM50
Darjah kebimbangan 1
=======================================
POCKETgold? Ok ke?-Sudah Lenyap
Ceo di Sg.Petani.Bermula di Utara awal bulan SEPT 2016. Produk emas 999 berat 0.5g. Plan marketing Binari dan pool. Konsep hampir sama dengan PowerGold yang telah sepi. Cuma bezanya Powergold bermula di Kulim. Killer Word yang sering digunakan ialah Duduk Diam Pun Dapat DUIT ini merujuk kepada sistem POOL. Sistem ini saya umpamakan sistem matrik "ikut giliran". Persoalan bila akan dapat "susah mau jawab bro bergantung kepada kemasukan ahli baru..  Semoga berjaya.
Darjah kebimbangan 3 sebab harga emas 999 untuk  0.5g di luar hanya lah RM100+- Manakala harga yang ditawarkan RM350 (20.09.2016)
=======================================
Zenithgolds OK Ke Bro? - Sudah senyap OKT 2017
Syarikat tawarkan perniagaan emas. Tempoh matang pelaburan kita 400 hari. Masalanya keuntungan dibayar harian dan dikira secara kompaunding dan keuntungan yang di war-warkan beratus-ratus persen. User yg ke web ZG adalah 91% dari Malaysia. Bermula pada 21/07/2014, Register di PANAMA , Admin di PANAMA,tarikh last update 14 jun 2016 (kira-kira dah nak masuk 2 tahun) Persoalan perlu anda jawab:
-Kebanyakan scam daftarkan perniagaan di Panama dan Hongkong . Untuk makluman anda program kewangan yang lepas lepas banyak yang didaftarkan di PANAMA dan hilang begitu sahaja.
-Mengapa 91% yg layari web adalah rakyat malaysia, orang sekitar panama/us tak nak kaya ke?
Darjah kebimbangan 4 
========================================
SCGMmaket OK Ke Boss?
Tak jawab pun susah rakan baik bertanya. Macam nilah depa ni terlibat dengan forex. Nak pastikan betul ke tak kena p Office depa di Bukit Jalil. Maaf cakap kalau nak join forex lebih baik main sendiri.Kalau tak pandai belajar.Kalau nak join juga carilah syarikat yang tidak tawarkan BONUS PENAJAAN DAN BONUS PAIRING.  Sebab dalam bidang forex 5% sahaja yang berjaya untung itu kalau trading sendiri. So kalau compney boleh bagi jaminan untung ja JIWA I PUN KACAU.. Satu lagi apa citer web compney tinggal dalam sever (rumah) yg dihuni seramai 377 web lain.IP Address: 116.0.121.200 Malaysia Compney ni baru lagi mula 07.01.2016. KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA. 
Darjah Kebimbangan 5
==============================================
MYRICHBank - Telah Lenyap
OK KE BRO?
Sistemnya Umpama Sistem kutu morden pusing duit ahli untuk bayar kepada ahli yang lama. Sekadar letak hotel luar negara dan dikatakan sebagai agen promo hotel dan anda dibayar. Kedua yang login ke web tu totally from Malaysia.Sistem yang hampir sama telah gagal setelah 8 bulan berjalan ia itu Hiwaygroup bayaran setiap bulan, Namun myrichban.. bayar setiap minggu . WOW..lagi hebat tak sampai 3 bulan dah dapat keuntungan 100%.. Join RM350 - dapat rm100 untuk 4 minggu - Dan masuk kembali RM350 - dapat RM150 untuk 4 minggu berikut. Masuk balik rm350 - dapat RM200 untuk 4 minggu berikut. Masuk balik RM350 - dapat RM250 untuk 4 minggu berikut. Masuk balik RM350 - dapat RM300 untuk 4 minggu berikut. So tamat dan perlu daftar baru dan jadi peserta baharu.
1.03.16 - I bagi tahap 5 . Perbincangan dengan rakan rasanya tak sampai bulan 6 ramai yang sepi. KEPUTUSAN:MENEPATI JANGKAAN
============================================

CPOtrading - Telah Lenyap
"bro jom hayun CPO untung besar modal sekali dapat bonus setiap 12 hari bekerja" Inilah Ws yang diterima. Setelah diselidik Sever  berada di Singapura. Wujud pada bulan Jun 2015. Update terakhir pada bulan Sept 2015. Mula mendapat sambutan bulan Nov 2015.Banyak yang dirahsiakan. 100% yg berkunjung ke web compney adalah dari Malaysia. Profit yang diberi agak tinggi 15% bagi pakej 1TM. Member bertanya berapa lama boleh bertahan?
Sekadar perbincangan dengan rakan rakan paling awal bulan April@May 2016. I bagi tahap 5
Date:31 Jan 2016
===========================================
WOWapp kira baru berlegar di media sosial. Register free. sistem macam wasup/telegram "sosial media". Boleh guna PC.Laptop.Hphone dll. Namun ada insentif diberikan kepada yang suka "invite" rakan atau bina networking. Cek di elaxa tahap global. Lagipun free try je la. Tak minat boleh REMOVE www.wowapp.com
Date: 25 Feb 2016
===========================================
MYMI1..pengikut blog minta pandangan tentang compney ini. so saya katakan compney register malaysia ceo dan faunder KC LIM.biz utama topup.status compney SDN BHD. Bonus sponser logik 10% Bonus Pairing 10% (Tak Berlaku Over Paid). Kini telah ke Indo & Thailand. Urusan topup dikendalikan sepenuhnya oleh compney & bukan pihak ketiga seperti mana pesaingnya.Topup dgn bonus diberi tanpa limit. Saya bagi tahap 2 kerana berani mendedahkan maklumat compney di carian internet dan berlaku perniagaan topup dgn jelas tanpa kawalan/had.(20.11.15)
==========================================
KONSIMAKAN..kira baru bermula pertengahan tahu 2015. Penyertaan setiap bulan ada kota yang ditetapkan.Saya ke office di Kulim,katanya untuk bulan nov 2015 dah habis kota.Kalau nak join juga untuk bulan Disember itu pun dah nak habis. Kalau tengok dari status syarikat POWER cos BERHAD bukan SDN BERHAD. So i pon tak dapat info jelas macam mana program. Namun melalui pembacaan di internet saya bagi tahap 3 (18.11.15)
==========================================
charityID..program kewangan yang baru. Menyerupai skim kutu internet. Sistem yang sama juga pernah melalui surat berantai. Sistem ini memerlukan setiap ahli membuat derma kpd ahli lama di atasnya. Bermula dengan modal RM60. Sistem matrik. Kalau tunggu sistem matrik susun untuk kita, maaf ambil masa yg lama. Tiada produk hanya sistem bagi duit kpd orang dan harap orang bagi duit kepada kita. Sistem sebegini maaf saya tak galak sertai sebab " meminta orang bersedekah kepada kita".(20.10.15)
==========================================
GWC...bisnes berkaitan kredit topup fon. masih baru 11 jun 2015. Website Register di Uttar Pradesh oleh Maxtra Technologies di India. Persoalan kenapa tak di Malaysia? Bonus yang di tawarkan terlalu besar 40% bonus sponser dan ada pasif income. Dan tawaran-tawaran menarik. Bonus sponser dan pairing pandangan saya OVER PAID . Terdapat kota untuk tranfer bonus ke wallet topup/hari. Persoalan mengapa tak BEBASKAN cash point ke kredit topup. sever ip (198.154.241.136) Samakan yang di bawah.Darjah kebimbangan 4 (20.10.2015)
==========================================
Dominant....satu program kewangan terbaru juga. promo lebih kepada forex dan agensi pelancongan. return bulanan.kadar mengikut jenis pakej. Leder cakap dah setahun..dah stabil. Bila cek di internet OH...masih baru lagi . Kenyataan di internet "Low Trust Rating" mula 26 ogog 2015 sever ip (198.154.241.136). Dalam sever yang sama terdapat 14 web yg lain spt gtr2u.net, 4trend-equity.com,gwc.asia . Persoalan apakah kaitan mereka ini? Adakah BOOS yang sama? sebab semuanya menawarkan passif income dan ada yg telah di tutup.Darjah kebimbangan 4 .(17/10/15)
==========================================
Highway satu program kewangan yang tegah gegar. Majlis-majlis besar tengah berlangsung di hotel hotel..terbaru di Light Hotel Seberang Jaya. Rakan tanya ok ke program ni. Bila di tengok bonus WOW besar...Bila i tanya leader bila program ni mula. Katanya akhir tahun lepas. Bila di selidik di internet web compney baru mula pertengahan tahun ini. Yang mana betul? Tapi ramai yang dah tunjuk kereta besat mewah malam tu. Ramai terpegun. Kalau berani gilerr silakan.Kalau tanya pendapat ok ke tak. jawapan saya bahayalah bro. I jangka paling awal bulan 2 dan paling lama bulan 6 thun depan ramai yang menangis. Darjah kebimbangan 5. (16/10/15)
====================================
Udiligent..compney baru run 15 sept ada pasif income (ROI) mingguan. Dari Kuala Lumpur. dalam bulan ke empat dah balik modal beserta keuntungan. Tiada bonus pair (pasangan) namun dalam masa 4 bulan dah dapat modal dan keuntungan. Darjah kebimbingan 3. (16.09.15)
===========================================
 MLM baru..kad bio-energy..istylo. baru run bulan sept 2015 from malaysia (Puchong).plan binary dan ada ROI. Persoalan adakah produk itu berkesan? Kalau berkesan berapa lama keberkesananya terjamin? Bagi pendapat saya harga produk tak masuk akal. Tetapi dari plan untuk buat duit ok. Darjah kebimbangan 3. (16.09.15)
===========================================
4trend-equity.com. Bagi yang bertanya tentang compney ni. Pandangan saya sebuah compney baharu. bermula pada 23.05.2015.Namun banyak yang dirahsiakan. Malah web ini menghuni sebuah sever yang mempunyai lebih dari 8 web yang lain. Compney yang teguh tak menumpang sever orang!!!Nama ADMIN/PENDAFTAR yang register pun tak ada. bagi saya, saya tak berminat jenis  compney begini. Elok letak no tel compney dan lokasi. Mudah i tgok (teropong) dgn Google......Rasanya semua orang tahu menggunakan kelebihan google tawarkan. Sebab tu jangan bagi alamat rumah anda..sebeb saya boleh tengok persekitarannya.
=============================================================
BAIDURI4U.....i dah tengok webnya. Dan buat homework sikit. Compnney ni mula bulan Jun 2015.Apa yang i dapat ulaskan compney ni guna dua sever yg terletak di USA. Namun saya cuba call adminnya tak ada pun bunyi apa-apa. Lepastu pejabat pun tak ada. Dan paling penting 100% orang MALAYSIA yang VIEW page tu dan tengok. Bagi saya saya lebih suka kena tipu setelah pelbagai usaha mengelak ditipu telah diambil..itu yang saya namakan takdir. 
=======================================
TERBARU EDCL NETWORK.. Ok ke? Plan binary kira ok la. Ceo edcl  pun ada nama dan telah buktikan syarikatnya suatu masa dahulu telah kebeberapa buah negara Asean. Produk edcl pun ok berkualiti. Modal paling minimum RM150. EDCL Network dikhabarkan akan mengadakan preview pertama 28.04.215 di HQ DCL. Yang berminat boleh call saya 0134600389 Wallzey . Konsep penajaan dan pairing dan maching. Kalau Nak Join dan DUDUK SAHAJA jangan join habiskan duit sahaja.Cuma kelmahannya orang ramai boleh beli sehingga 21 akaun. Maka bercabanglah kaki yang perlu di tolong. Kalau leader ok bertuah la badan. Kalau leader gila masuk angin keluar asap la nampaknya.( APRIL 2015)
=======================================
Best Mobile Commucation...Compney baru. Bagi peminat nak jadi agen topup dan networker TELCO inilah masanya. Ceoen.Fadilah berpengalaman luas dlm bidang telekomunikasi. Best Mobile menewarkan plan tiga lapis . Kira-kira macam tune talk. Cuma Best Mobile lebih murah untuk penyertaan RM49 ringgit sahaja. Dan airtime ada dlam RM10.Cuma anda terpaksa bersaing dengan telco yang lain. Kalau nak tunggu ja...lebih baik tak perlu buat.( APRIL 2015
===========================================================
fmgcash.com. Compney ni ada link dengan sebuah koperasi. Perniagaan menggunakan usd. kadar keuntungan diberikan per day . Pakej paling kecil usd100 profit 3% seharai selama 40 hari. Walaupun return 3% sehari selama 40 hari anda perlu ingat profit yang sebenar anda dpat ialah 20% sahaja slama 40 hari. Oppp dari keseluruhan modal dan keuntungan yanganda dapat itu, sebahagian 20% disimpan didalam sistem untuk tujuan renew keahlian. Dgn kata lain kalau anda berangan join biz nidan duduk diam melepas la. Cos 40 hari pertama anda hanyadapat modal sahaja. Setelahdibuat pengiraan tiga kali anda renew baru anda mendapat keuntungan 100% .Maaf la kalau i cakap kalau jenis bagi return tetap setiap hari paling lama boleh pi tiga empat bulan sahaja. Kalau jenis untung tetap 10% setahun boleh p sehingga 2 hingga 3 tahun. Bagi FMG tak tahula berapa lama boleh tahan.Kalau ikutkan pengiraan mudah 4 bulan untung 100%. Bermakna 30% hingga 50% orang di atas tak perlu keluarkan modal "CASH" kerana modal disimpan. Dan mereka hanya gunakan hasil keuntungan. Jikaini berlaku dan kemasukan ahli baru berkurang, maka compney tak cukup oksigen. TETAPI jika compney sempat membina empayar kewangan baharu dan melebarkan sayap ke luar negara ianya akan MELEBIHI SETAHUN. (APRIL 2015 Opppp dah terhenti sementara kerana sever kena HACK dan ceo bagi jaminan akan on semula. Kalau tanya pendapat dan pengalaman adalah SUKAR)
============================================================
fortrend-international.com. Menggunakan sistem e-share. Kalau jenis e-share kita kena tunggu harga naik la bro..Pengalaman  di malaysia program e-share ni banyak yang dah tersangkut. Kebanyakan pemimpin cuba cairkan point e-share mereka dgn register ahli baharu. Nak withdraw ke bank tak boleh. Jika anda mahu sertai mana-mana program e-share study dulu. Post : 6 Mac 2015. ( Oppppp...dah TUTUP dah ramai yang menangis)
============================================================
diageointidex.com..semakin panas biz ni. berniaga guna matawang euro. kadar keuntungan gila-gila untuk 20 hari. Tengok admin tinggal  di PANAMA. Register pun dari sana. Teringat saya program swichcash dulupun dari sana.  Sever pun tumpang dengan sever lain. Pelangannya pula 100% malaysia..huhu...pada saya jangkaan untuk 3 bulan je kut ( Date Post: 6 Mac 2015).(Oppppp dah tutup jangka hayat hanya 22 hari )
========================================
goldchicken.eu...biz ni menurut alexa hampir 100% pengunjung ke laman web ni dari Negara China. Mudah je ...kalau worldwide tentu negara lain pun ada...jiwa kacau.
========================================
bitclub.bz...rakan blog bertanya ok ke yang ni.Aduh...susah mahu menjawab bro..Domain Name: BITCLUB.BZ /Updated Date: 2014-09-12 15:10:07Z.Creation Date: 2014-09-12 22:10:00Z/web dari Belanda.
========================================
ecapitalonetraders.com...Pn dari Melaka minta saya tolong carikan maklumat compney ni. Kata uplinenya program kewangan antara bangsa.Dari apa yang saya dapat Website ni Malaysia punya Owner dari Butterworth. Kalau tegok di www.scamadviser.com memang bahaya. apa-apapun up to YOU
====================================
iGROWNET.COM..terbaru compney dari USA. boleh jadi ahli dgn dua cara . Pertama Free dan Berbayar. Kalau berbayar banyaklah kelebihannya. Kalau berbayar anda nak kena MAINTAIN setiap bulan lebih kurang RM150. Kalau tak jadi member free je la. Tak ada istilah maintain. Atau sertai saya dalam Bisnes Cara Santai Modal TAK HABIS-HABIS.
====================================
Umatrin.com? menggunakan konsep e-share. Jadi kalau join dan duduk sahaja dan malas buat kerja lebih baik letak duit anda dalam ASB lebih selamat. Tanya leader anda bolehkah untuk register new member guna e-share 100% . Jika boleh itu adalah petanda tidak baik. Sebab akan timbul leader yang tamak akan cuba mencairkan e-wallet/e-share mereka dengan cara tawaran harga yang rendah. Maka takut akan berlaku penawaran harga yang tak terkawal antara leader-leader. Akhirnya syarikat bye-bye-bye.
====================================
GDIglobal.co? Selamatkah duit anda? Ada member perli saya nak kaya kena rebut peluang sementara ada. Jawapan saya cukuplah you kaya i tumpang gembira. " Hidup ini hampir semua perlu WANG, namun adakalanya WANG bukan segala-galanya" Dulu ada juga namanya gdiglobal.net. Bila dicari gdiglobal.net ini tinggal dalam rumah(sever) yang sama dengan gdiglobal.co. Adakah mereka ini saudara kembar? Bonus gdiglobal.net dah semua dapat ke belum?
==============================
Emas Tok Belagak. Sesiapa yang jadi ahlinya tolong respon. Betul ke program emasnya dah ada masalah. Ikutkan rakan saya yang menyertai program ni hari ini.....Dulunya beliau bertanya pendapat saya bila nak join program emas tok belagak. Sebagai seorang rakan saya telah nasihatkan jangan atas beberapa hujah dan prinsip perniagaan yang tak jelas. Namun beliau sertai juga dan nasib menyebelahinya apabila agennya sanggup memulangkan RM12,000 baki yang tersangkut.( Op.....dah tutup dah )
==============================
Apa Udah Jadi Dengan program SBR...Ramai ahli marah dan marah janji biz hebat tentang logam..last sekali habukpun tak ada. Kesian rata rata tak dapat apa-apa. Leader2 tak tahu malu, dulu promo macam macam hebatnya, kini selepas dua minggu promo yang lain pula.Nak publish siapa orangnya rasanya tak perlu lah...menjatuhkan air muka manusia tak elok bro... https://www.sbrevenue.com
===============================
Bro...Ni Biz Hebat Baru lancar. Sedih ja dengar mesej tu. Minggu lepas dia send new biz juga. Minggu ni new biz juga. Agak agaknya dia ni org jenis mana? Kalau i orang jenis ni tak boleh buat rakan biz . Orang yan tiada FOKUS. Ini link website biz tu. Anda nilai lah sendiri jika mahu sertainya. Kira yang ini orang Malaysia punya...www.umatrin.com
================================
SYARIKAT MELAYU. macam pelaburan tetapi bila ditanya " Ini bukan pelaburan" ini kontrak. Sayapun keliru bagi saya jika sejumlah wang diberikan kepada seseorang untuk berniaga maknanya PELABURAN. dan keuntungannya akan di kongsi bersama, manakala kerugian ditanggung bersama.Nama program Keahlian ARBA, keuntungan 5.5%-8% kepada ahli selama 12 bulan.Terletak di  Sungai Petani. Nak tau lebih serch Usahawan ARBA. Namun setelah dicari, ROGRAM ARBA NETWORK adalah KUMPULAN PENGGERAK kepada 
===============================================
Syarikat Classic Worldwide Sdn Bhd. <<< klik di sini untuk ke laman web syarikat.
=================================
PELABURAN EMAS .Yang suka pelaburan boleh mencuba yang ini. Namun risiko tetap tinggi. Tetapi pulangannya pun tinggi. Syarikat terletak di Hong Kong.  Keuntungan 5%- 10% sebulan selama 24 bulan. Boleh jual balik bila-bila masa.http://www.pegasusbullion.com/Home/index.html
==================================
PROGRAM TERBARU MLM 2014. NCE2u. Open webs untuk publik pada 29.MIE 2014. Syarikat nce2u berpotensi maju dan berkembang.terletak di Kulim Kedah.Produk Killer syarikat nce2u ialah GINKO formulasi dari Swiss.Palan Binari.Disokong dengan produk-produk lain.Maklumat lanjut www.nce2u.blogspot.com.
===================================
"KLIK"APAKAH YSLM?KENAPA YSLM?PELUANG BERSAMA YSLM?http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/06/siapa-lelaki-yang-mengaku-bakal-manusia.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitterOrang ramai yang melalui susur masuk dan keluar dari kedua-dua arah Jambatan Pulau Pinang kini tertanya-tanya siapakah lelaki muda yang muncul dalam papan iklan gergasi yang mendakwa dia adalah 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia'."KLIK"BETUL KE NI KENYATAAN NI..“orang terkaya di dunia”semakin pening perkembangan terbaru yslm ni.e-share terus naik namun tak boleh nak tunai CASH lagi dah 8 bulan..huhuhhuuuu.Bonus sponser dan pair memang power gila. Dah balik modal berganda-ganda.Cuma hari tu tak boleh di buat TRANFER KE AKAUN BANK. Yang ni agak probelum.Dan saya jangkakan ramai akan kecewa.
==========================================================
"KLIK"Apakah BossVenture (BV) merupakan bisnis penipuan atau berpotensi money game alias phonzi? MEI 2014/ Sekilas BossventureMeski didirikan oleh pengusaha-pengusaha Malaysia, Bossventure Global Limited justru terdaftar (Co. registered no. 57598) di negara kepulauan yang sangat kecil bernama Samoa, yang terletak di tengah samudera Pasifik. Hmm, mengapa perusahaan yang (katanya) berskala global, mesti jauh-jauh mendaftar ditengah lautan luas, seolah tidak ingin dijangkau orang lain? Sumber dari http://howmoneyindonesia.com.
====================================================
"KLIK"Is royale-fx.com safe ? - Scamvoidwww.scamvoid.com/check/royale-fx.com http://royale-fx.com/ Terbaru tentang forex. Sesiapa sahaja boleh join bermula dengan USD100+Usd10 pendaftaran. Muskilnya dalam satu sever ditumpang oleh beberapa syarikat yang pelbagai perniagaan. Mengapa tidak menggunakan sever sendiri? Adakah terlalu mahal bagi sebuah syarikat forex bertaraf global. 
==================================
"KLIK"TENTANG Asean Paradize IncMengenai KamiAsean Paradize Inc. merupakan sebuah organisasi pemasaran pelaburan dan kami mewakili peluang-peluang pelaburan tinggi yang berpotensi dalam projek-projek infrastruktur dan pembangunan.Domain Name: ASEANPARADIZE.COM /Updated Date: 22-apr-2014/ Creation Date: 13-jul-2013/ Expiration Date: 13-jul-2019
=================================

7 comments:

  1. Tuan minta pandanagan tuan ttg mface dan monspace serta gethhis

    ReplyDelete
  2. Blh bgi mklumat lnjut tntg igs...sy buat igs tpi sy msih mgkaji igs...sy tkot org rmai kne tipu bisnes mcm nim..sy hrp bos dpt bgy pncerhn lbh lgi tntg igs..sy ahli tpi sy pon msih waswas dgn igs...

    ReplyDelete
  3. Skrg viral carbon token greencoop plak...dutanya dato Malik bekas athlete bina badan... ada sesiapa punyai maklumat....tlg komen.

    ReplyDelete
  4. to awang spana : MF sudah berlaku lambakan poin dipasaran
    to Iwan kalau split split share ..lama lama kelamaan unit share bertambun macam MF
    to Anonymous tak ada jawapan sebab tak berani dedah identiti..wakakakaa

    ReplyDelete
  5. Elakkan diri jadi Kawan Makan Kawan. Jangan Kayapkan Kawan Hanya Kerana Nak Kaya

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. BERITA BAIK


    Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, adakah anda benar-benar memerlukan pinjaman segera, adakah anda memikirkan memulakan perniagaan anda sendiri, anda berhutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman korporat, dan semua jenis pinjaman dengan faedah 2% !!! Kerana tahun ini akan berakhir, kami mempunyai tawaran pinjaman Krismas. kami menjamin semua pelanggan kami yang dihormati bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman individu seperti yang digunakan

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:

    Susanbowmanloancompany@gmail.com


    dan anda juga boleh mendapatkan syarikat Via whatsapp dengan nombor ini

    +1 (859) 777-1805


    Maklumat Peminjam:


    Nama penuh: _______________

    Negara: __________________

    Jantina: ______________________

    Umur: ______________________

    Bilangan Pinjaman yang Dibutuhkan: _________________

    Tempoh Pinjaman: ____________

    Pinjaman faedah: _____________

    Nombor telefon: ________


    Ibu. Susan Bowman

    ReplyDelete