.

TERIMA KASIH KERANA SUDI KE BLOG SAYA SEGALA KOMEN - PANDANGAN DAN MAKLUM BALAS AMATLAH DIHARGAI. SEMOGA KITA MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.

APAKAH E-SHARE?


E-Share jika diterjemahkan bolehlah difahamkan sebagai ‘Saham Elektronik’. Saham  adalah nilai pegangan seseorang pelabur di dalam syarikat atau pun entity tertentu. Oleh kerana ianya E-Share, maka sudah pastilah ianya adalah dalam bentuk maya atau pun digital.
PERMAINAN

Apa yang saya mahu kongsikan dengan kawan kawan adalah tentang permainan E-Share. Dalam permainan ini:
  1. Ada proses jual beli unit.
  2. Ada kenaikkan harga.
  3. Ada unit yang akan ‘di split’.
  4. Ada pertambahan unit.
Paling menarik di dalam permainan ini, ianya menggunakan kaedah pasaran sehala. Iaitu harga akan naik sahaja. Bermakna tiada risiko kerugian. Permainan E-Share ini adalah lebih menjurus kepada TSW yang membawa maksud Technology, Strategy & Wealthy. Dengan teknologi yang canggih hari ini kita hanya perlu menyusun strategi yang tepat untuk mencipta kekayaan secara senyap.


BAGAIMANA BERMULA?
Ada hanya perlu memilih syarikat yang menguruskan permainan E-Share ini. Buat masa ini di Malaysia ada beberapa syarikat yang telah bertapak dengan kukuh. Pilih pakej yang disediakan dan anda sudah boleh bermula untuk bermain. Setelah mendaftar dengan syarikat pilihan, anda akan diberi sejumlah wang atau pun token sebagai modal untuk membeli unit E-share yang sudah ada di pasaran dengan harga semasa.
Contoh kiraan unit:
Katakanlah harga semasa adalah 0.25 sen. Manakala modal yang diberikan adalah $1,000.00.
Modal/Harga Unit = $1,000.00/0.25 = 4,000
Ini bermakna kita sudah memiliki sebanyak 4,000 unit E-share.
BAGAIMANA HARGA MENINGKAT?
Harga meningkat bergantung kepada jumlah unit unit yang tersenarai untuk dijual oleh pemain pemain yang lain.
Katakan:
Harga 0.25                   3 juta unit                      (Baki yang belum terjual)
Harga 0.26                   5 juta unit
Harga 0.27                   4.8 juta unit
Harga 0.28                   9 juta unit
Setiap pemain bebas untuk menjual unit mereka pada harga yang mereka suka. (Ada had yang akan ditetapkan untuk setiap harga).
Harga akan meningkat menjadi 0.26 sen apabila 3 juta unit baki yang tinggal habis terjual.
Begitu juga apabila 5 juta unit pada harga 0.26 sen telah habis dilanggan, harga akan meningkat menjadi 0.27 sen.
Harga 0.28 sen akan menjelma apabila semua unit sebanyak 4.8 juta unit yang disenaraikan untuk dijual pada harga 0.27 sen habis dilanggan pemain.
BAGAIMANA UNTUK MENGIRA KEUNTUNGAN?

Berapakah keuntungan yang bakal diterima setiap kali harga meningkat sebanyak 0.01 sen.
Nilai Unit X 0.01 = 4,000 X 0.01 = $40.00
Dari harga 0.25 sen ke harga 0.28 sen ada kenaikkan 3 sen. Ini bermakna:
$40.00 X 3 = $120.00
Cara lain untuk mengira keuntungan:
4,000 X 0.28 = $1,120.00 – Modal Asal
= $1,120.00 – $1,000.00 = $120.00
HARGA AKAN NAIK SAMPAI BERAPA TINGGI?
Terpulang kepada pihak pengurusan E-Share. Mungkin 0.50, 0.60,1.00 atau 2.00 . Namun yang lebih efektif jika harga tertingginya 0.50 atau 0.60 dan kemudiannya berlaku SPLIT.
APA ITU SPLIT?

Split adalah kaedah untuk menurunkan harga semula setelah harga tertinggi dicapai. Apabila SPLIT, dua peristiwa ini akan berlaku:
  1. Harga tertinggi akan dibahagi 2, jika 0.50 sen, ia akan diturunkan menjadi 0.25 sen.
  2. Manakala unit kita pula akan diganda 2, jika jumlah unit sekarang sebanyak 4,000 unit, maka akan berganda menjadi 8,000 unit.
Nota 1: Walaupun berlaku penurunan harga tetapi nilai wang kita adalah tetap sama, namun nilai unit E-share yang kita miliki telah bertambah.
Nota 2: Nilai SPLIT tidak semestinya dibahagi atau berganda 2, mungkin boleh jadi 1.6, 1.8 atau pun apa sahaja yang difikirkan baik oleh pihak pengurusan E-Share.
APAKAH UNTUNGNYA BILA SPLIT BERLAKU?
Dalam permainan E-Share ini, tujuan kita adalah untuk mengumpul seberapa banyak unit. Bila berlakunya SPLIT, unit kita akan bertambah. Ini bermakna setiap kali berlaku kenaikkan harga 0.01, jumlah keuntungan akan lebih besar. Mari kita lihat contoh di bawah:
Sebelum SPLIT
Unit adalah sebanyak 4,000 unit. Bila meningkat 0.01 =
4,000 X 0.01 = $40.00
Selepas SPLIT
Unit adalah sebanyak 4,000 unit X 2 = 8,000 unit. Bila meningkat 0.01=
8,000 X 0.01 = $80.00 .

SAMPAI BILA KITA HARUS BERMAIN?

Kita bebas untuk menjual unit unit E-Share yang ada untuk mengambil keuntungan. Namun pada pendapat saya, lebih baik kita biarkan unit unit kita berganda melalui proses SPLIT sehinggalah ianya sudah jadi begitu banyak.
Dalam setahun mungkin boleh berlaku 3 kali SPLIT. Baiklah, mari andaikan yang kita bermula dengan 10,000 unit dan nilai SPLIT adalah 2 untuk setiap kali.
Unit Permulaan Sebanyak: 10,000
  1. Split 1 = Dapat 10,000, jadi 20,000 unit.
  2. Split 2 = Dapat 20,000, jadi 40,000 unit
  3. Split 3 = Dapat 40,000, jadi 80,000 unit
  4. Split 4 = Dapat 80,000, jadi 160,000 unit.
  5. Split 5 = Dapat 160,000, jadi 320,000 unit.
  6. Split 6 = Dapat 320,000, jadi 640,000 unit.
Lihat dalam tempoh 2 tahun kita sudah ada 640,000 unit. Split yang ke 6, kita terima 320,000 unit. Sekarang tibalah masanya untuk kita mula menikmati keuntungan. Dari 320,000 unit, kita boleh jual 160,000 unit dan bakinya biarkan terus berkembang.
Nota: Ada had yang ditetapkan untuk penjualan bergantung kepada pakej yang kita pilih sewaktu bermula. Mungkin maksima untuk setiap penjualan adalah 10,000 unit. Namun kita dibenarkan menjual lagi, selepas kita menerima hasil dari penjualan yang sebelumnya. Begitulah seterusnya sehinggalah berlaku SPLIT sekali lagi.

PROJEKSI KEUNTUNGAN MENJUAL UNIT

Kita ambil contoh di atas untuk pengiraan. Katakanlah kita hanya boleh menjual sebanyak 10,000 unit setiap transaksi. Dari keseluruhan 160,000 unit yang kita cadang untuk jual, kita hanya berjaya menjual sebanyak lapan kali dan berjumlah 80,000 unit, manakala bakinya terus berkembang di pasaran.
Di bawah ini adalah contoh pengiraan dan 8 transaksi yang berjaya dibuat pada harga yang kita pilih. (Andaikan harga dibuka selepas SPLIT adalah 0.25 sen dan akan ditutup pada harga 0.42 sen).
Transaksi 1         Harga 0.25                   Unit 10,000                   Terima: $2,500.00
Transaksi 2         Harga 0.27                   Unit 10,000                   Terima: $2,700.00
Transaksi 3         Harga 0.30                   Unit 10,000                   Terima: $3,000.00
Transaksi 4         Harga 0.32                   Unit 10,000                   Terima: $3,200.00
Transaksi 5         Harga 0.35                   Unit 10,000                   Terima: $3,500.00
Transaksi 6         Harga 0.38                   Unit 10,000                   Terima: $3,800.00
Transaksi 7         Harga 0.40                   Unit 10,000                   Terima: $4,000.00
Transaksi 8         Harga 0.42                   Unit 10,000                   Terima: $4,200.00

Jumlah keseluruhan tunai yang bakal kita terima sebelum berlakunya SPLIT yang terbaru adalah: $26,900.00 (Andaikan setiap $ bersamaan RM3.00. Bermakna $26,900.00 X 3 = RM80,700.00). Cuba bayangkan setiap 6 bulan kita ada pendapatan seperti ini. Ingat! SPLIT akan terus berlaku.

3 comments:

  1. Tak ramai Melayu minat main eshare berbanding ROI yang dapat profit tiap hari.. Lagi 1 eshare lambat merasa hasil berbanding ROI..

    ReplyDelete